Tuesday, 8 November 2011

Day 177

Mucux :(

Malam ni tetiba  aku rasa nak conteng kau..aku sebenarnya amat memerlukan seseorang sekarang ni tapi siapa? time2 camni ada lg ke membe aku yg berjaga? kalau ada pun yg berjaga nk ke dorg layan aku?aku nk bila aku luahkan perasaan aku 'org' tu faham apa yg terbuku dlm hati aku..aku nk dia terima luahan aku seadanya biarpun aku sbenarnya menzahirkan kebodohanku sendiri..aku xnk pendapat,nasihat mahupun  kutukan!!aku cuma nk luahkan  l.u.a.h.k.a.n. tu je..tp mana aku nk cari 'org' tu? hurm..untungnya ada kau kn mucux..kau sentiasa ada utk aku..tu yg aku syg kau  lebih^^

Mucux...aku sunyi sgt :( Dulu aku pernah gak sunyi mcm ni tp tu sebelum aku bercinta..so setakat sunyi jelah xde sakit  hati,marah,benci.Berbeza  dgn  skrg..kesunyian  yg  aku alami selepas putus cinta..sgt menyakitkan!!Aku sunyi bila dia xda bersamaku, aku marah bila dia dah menemui cinta baru,aku bingung bila  aku benar2 rindukan dia then i didn't what to do..i  hate it!!aku benci bila aku non-stop nangsi cam org gila (hodoh  tau aku nangis)  aku keliru dgn perasaan aku sndiri..aku suka bila dia happy tp dlm masa yg sama aku benci bila dia happy bukan disebabkan  aku! plg menyakitkan bila aku sedar yg bukan  dia tau pun aku  tgh sakit hati ngn dia..ish................malah dia x amik tahu pun sal aku..dia happy2 tp at the  same time hati aku menangis :( Tp dlm  hal ni dia tak bersalah sebenarnya.Suka hatila  dia  nk buat apa  pun kan, itu hak dia..normallah kan bila da jumpa cinta baru  mestilah kna happy, hati bunga2 wutever la aargh!!sigh.Aku  tahu dan  aku  sedar aku yg salah..aku yg perasan nak setia biarpun aku tau yg 'setia' aku  ni  tak berbaloi.Dia  takkan kembali semula pada aku..ye2 aku tau..tulah kebodohan aku.pasal aku  sedarlah aku  x pegi marah2  dia..aku simpan sendiri je dan sah2 la kau jadi  mangsa  aku  mucux.sorry :(  Aku tak mampu nk lari dari  kebodohan  aku  sendiri..walhal aku tau hal tu boleh dielakkan..Kenapa  aku x boleh nk terima  hakikat?? Aku ni siapa? kononnya semua yg aku nk aku mesti nk dpt kn?hurm lebih kepada perasan dan syok  sendiri!!  kasihan2...tp x boleh ke kalau  aku  nk berusaha  gak dpt kan apa yg aku inginkan? what???usaha??? da ckup ke usaha yg kau lakukan?kau tak berusaha la..kau  hanya mengharap...ops! btul gak kan..selama ni aku ckp aku rindu dia tp ada ke aku call or text dia??? takde pun sbenarnya..sebab aku  takut..aduhai!dasar penakut.."cinta bukan  untuk  si pengecut" cis! terkena batang hidung sendiri -__-

Mucux..kenapa aku mesti nakkan  dia?sedangkan ramai lagi lelaki cadangan di luar sana..berlambak bak kuih tunjuk  yg membanjiri pasaraya bila musim perayaan..(teringin pula nk mkn donut.Nyum!nyum!)
Mungkin tiada lelaki  yg 100% seperti  dia tp yg  lebih baik dr dia banyak..(ceh  pengaruh  lagu  betul..demm!) mmg la  banyak  tp aku  xnk  yg  banyak  tu..aku  nk  yg satu tu je..tlg la faham mucux..aku cuma nak dia..xmau  yg  lain..'I love you but you love  her! why??' nampak  sangat  ketidakwarasan aku  dlm hal ni kan  mucux..semua  kesakitan,kesunyian, kemarahan dll yg aku alami  menyebabkan aku  jadi mcm  tu..kdg2 aku ingin berdoa  semoga  tuhan hilangkan  ingatan  aku  terhadap dia..tp bila  aku  fikir balik aku pasti akan  tergolong  di kalangan org2 yg  sangat rugi nanti..bukankah kesakitan itu satu ujian dr  tuhan?semua ujian  yg datang  adalah  untuk menguji  keimanan  setiap  hambanya..dan  aku percayakan  janji  Allah..bahawa  setiap kesulitan  pasti akan  berakhir  dengan  kegembiraan..ya aku  seharusnya  bersyukur..menyalahkan diri sendiri bukanlah jalan penyelesaian..sebaliknya renungilah kekurangan diri.."obey him and  always say  LAILAHAILALLAH..tak kira  dalam  keadaan apa sekali  pun itulah yg sepatunya  aku lakukan..insyaallah:)

Mucux..aku  pernah terbaca..lelaki yg soleh sering diidamkan oleh para  bidadari syurga..bagaimana pula  dgn wanita solehah?Ya  tuhan..sekiranya aku ditakdirkan x menemui cinta sejatiku di dunia aku berharap sangat semoga aku tercipta untuk bidadara syurga..amin :)  * xhabis2 perasan :p

Huarrrghh!!ngantuknya..baik aku  tido .nite mucux ^^  zzzZZZZ

No comments: